BALIK PULAU: Polis menahan tiga lelaki termasuk dua orang warga emas bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan membabitkan pelanggan dan penghantar makanan yang berlaku di hadapan sebuah restoran di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas di sini semalam, yang video kejadian itu turut tular di media sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Jafri Md Zain berkata kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku kira-kira 2 petang dan pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu, daripada seorang lelaki berusia 66 tahun, iaitu kira-kira setengah jam selepas insiden tersebut.
"Menurut lelaki warga emas itu, pergaduhan tersebut melibatkan dia dan rakannya berusia 68 tahun dengan seorang penghantar makanan di hadapan restoran tersebut, kejadian terbabit menyebabkan mereka mengalami kecederaan di kepala serta badan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Jafri berkata pihaknya turut menerima laporan polis daripada penghantar makanan itu pada 9 malam tadi dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut, bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.
Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki berusia 44 hingga 68 tahun bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat menurut 324 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes itu, sehingga boleh menjejaskan siasatan polis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Polis berkata kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku kira-kira 2 petang dan pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu, daripada seorang lelaki berusia 66 tahun. - Gambar hiasan/Twitter@bernamadotcom
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Kerajaan anjur kempen keselamatan 'online' untuk kanak-kanak
Kerajaan berhasrat untuk mengadakan kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga secara besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Malaysia mungkin berdepan satu lagi siri PRK
Malaysia akan berdepan dengan satu lagi siri PRK sekiranya tujuh wakil Bersatu yang berpaling tadah tidak menyatakan sokongan kepada parti dalam tempoh 14 hari.
JKPK setuju proses terbuka untuk pelantikan Pengerusi SPR
Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi (JKPK) bersetuju bahawa proses pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Pilihan Raya perlu dijalankan secara terbuka dan konsultatif dengan Parlimen.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Siasat lanjut, jika benar ia didalangi JI
Kerjasama antara badan-badan perisikan serantau perlu dipergiatkan bagi mengekang gerakan berkenaan daripada menggugat ketenteraman.
Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki
Seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Kemaman pada Ahad.
Kes pukul, ugutan jenayah: AJK tertinggi persekutuan Muay Thai profesional direman
Seorang ahli jawatankuasa tertinggi Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia (MFMP) direman selama dua hari mulai hari ini di Mahkamah Majistret, pada Isnin.
Letupan dalam kes gaduh adik-beradik berpunca daripada mercun - Polis
Bunyi letupan dalam kes video tular pergaduhan antara adik-beradik di Jalan Batu Kawa-Matang, baru-baru ini bukan berpunca daripada letupan senjata api.
Kes gaduh: Buruh binaan ditahan dipercayai sebabkan kematian peniaga
Ujian saringan awal ke atas suspek itu mendapati dia positif dadah jenis morphin.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.
Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.
Tiga termasuk dua warga emas ditahan bantu siasatan kes gaduh
Polis menahan tiga lelaki termasuk dua orang warga emas bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan membabitkan pelanggan dan penghantar makanan.
Polis tahan 7 lelaki pukul dua pemuda gara-gara Mobile Legend
Pengadu menerima 10 jahitan di dahi dan patah tulang hidung akibat dipukul dengan topi keledar.
Polis buru dua lelaki terlibat kes pukul akibat perselisihan faham di Facebook
Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai terlibat kes pukul dalam sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras di sini, Jumaat lepas dipercayai akibat perselisihan faham di laman Facebook.
Bergaduh rebut teman wanita: Tiga lagi suspek diburu
Polis sedang memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan pergaduhan dipercayai berkaitan perebutan teman wanita dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya, Pandamaran di sini 24 Mei lalu.